follower yang cool !

Rabu, 6 Mac 2013

Sikap, Dakwah Dan Persepsi.

Assalamualaikum,

Tajuk kali ni mungkin berat untuk di bangkitkan. Tapi aku sekadar nak berkongsi pendapat aku tentang Penghijrahan. Bukan niat nak kaitkan dengan orang sekeliling. Don't take it to heart.Penulisan yang tiada kaitan dengan sesiapa. Sekadar Persepsi semata. Penghijrahan terbahagi kepada banyak cabang. Tapi sebagai manusia, semua inginkan transformasi hidup untuk membentuk kehidupan yang lebih baik.

Alhamdulillah, aku bersyukur ditempatkan di UPM. Majoriti pelajar mempunyai gaya fizikal yang sopan dan majoritinya menutup aurat. Semakin ramai sahabat disini melakukan transformasi fizikal atau straight to the point mereka memperbaik cara pemakaian mereka dengan menutup aurat secara sempurna. Sangat kontra dengan aku. Mungkinnn. Dari segi perangai atau hati takperlu aku bangkitkan sebab tu niat masing masing. Manusia pelbagai kerenah. Ahhh tu mereka punya pasal.




Situasi bila aku ditanya oleh beberapa sahabat.

'Bila lagi kau nak ubah cara pemakaian kau?'

Jawapan : Panggg! Sentap di situuu haha. Niat nak berubah tu memang ada. Tapi makan masa. Mesti ada yang cakap mati tak tunggu esok atau lusa. Sighh. Common statement yang selalu aku dengar. Hee. Hmm k Aku akan berubah cara pemakaian aku bila dalaman aku turut berubah ke arah kebaikan yang sempurna. Aku takkan berubah fizikal semata selagi hati aku kotor. Itu hipokrit. Bukan aku takcuba berubah cuma aku kini sedang mengubah sifat dalaman aku dahulu yang secara jujurnya masih tidak berapa teguh.  Aku benci disindir dan dipaksa. Aku ada alasan aku sendiri dan silaaaaa hormati :) Dan maaf.... aku sangat taksuka cara dakwah yang memaksa dan melalui sindiran keras.

You must know dakwah tu memang perlu disampaikan dengan cara berhikmah tanpa ada sifat mendesak. Sama ada sesuatu komuniti tu nak terima itu hak dia. Melalui pemerhatian, sesetangah pendakwah masa kini tidak mengikuti cara dakwa yang diamalkan Rasulullah. Just saying..

"Tak perlu bajet bagus dalam menyampaikan dakwah" - Ustaz Fauwaz Fadhil.

Apa yang aku nampak manusia zaman sekarang mudah tertipuu dengan visual. Siapa layan buku terbitan terfaktab mesti akan mudah tangkap ayat ni. Haha. K maksudnyaa, Bila kau nampak seorang lelaki (A) berambut kusut ala ala mat rempit lepak tepi jalan pada waktu dengan gitar kapuk dan tidak lepas seputung rokok menjadi peneman. Kontranya, Seorang lelaki (B) yang berpakaian kemas selalu pergi Library study 24jam, muka innocent gila. Impression Lelaki A orang akan nilai negatif dan Lelaki B orang nilai Positif. Kan?

Yang aku nak sampaikan.......

Jangan mudah nilai manusia. Jangan pandang rendah pada manusia. Tak usah pandang serong dan mengata. Lagi bertambah dosa kannn?

Secara jujurnya, Aku lebih salute pada individu yang nampak ganas atau nakal dari segi fizikalnya tapi penuh ilmu Fardhu Ain dan fardhu Kifayah dalam jiwa diaa. Bila mulaa kenal individu sebegini, secara automatik kau akan rasa individu ni 'Awesome' gilaaaa. Bukankah dalam Islam kita tidak digalakkan menunjuk mempamerkan kehebatan atau secara ringkasnya bersifat riakk ?! Nak sampaikan dakwah tu boleh tapi jangan sampai riak dan Takbur. K

Dan... yang paling penting JANGAN HIPOKRIT dan MUDAH MENILAI ORANG.

Sejahat mana pun kau lihat individu tu pasti ada juga kebaikan yang menjadi amalan dia.
Sebaik mana pun kau lihat individu tu pastu terselit fi'il buruk dia.

Konklusi, Mana ada manusia yang Perfect. Terima kenyataan tu. Semua orang ada hak masing masing untuk perbetulakn diri mereka. Masing masing sudah mampu berfikir matang dan tahu membezakan perkara baik dengan buruk. Paling penting Jangan Perasan Bagusss sampai takboleh terima pendapat dan pandangan orang..... Keep Calm and Be Yourself.
             


Sekiann, maaf jika tersilap kata. Aku cuma manusia yang sedang memperbaiki kehidupann :)
                                 






2 ulasan: