follower yang cool !

Jumaat, 26 Oktober 2012

Kehidupann

Assalamualaikum semua :)

Dah agak lama meninggalkan kerja penulisan blog. Rasa kekok di situu. Terlebih dahulu maaf kalau penulisan kali ni agak membosankan atau annoying ke apaa. Haa sebelum terlupa SALAM AIDILADHA diucapkan kepada semua umat Islam seluruh Dunia. 

Okayy straight to the topic that I want to share to all readers. Kehidupann. Seperti mana yang kita tahuu setiap yang hidup pasti akan menemui ajalnyaa. Cuma tidak tahu bila dan di mana kita akan meninggalkan orang yang kita sayang buat selama-lamanya. Sesungguhnya perkara yang semakin jauh daripada kita adalah masa lalu dan perkara yang semakin dekat dengan kita adalah kematian.


Last week, aku dan rakan rakan dikejutkan dengan satu berita sedih dimana dua orang sahabat Asper yang kehilangan ayah tersayang. Ya Allah, sungguh berat dugaan mereka. Takziah diucapkan. Pada ketika mereka sedang menuntut ilmu serta jauh dari keluarga tersayang, mereka perlu menempuhi situasi yang sangat sulit. Lebih sulit lagi pada masa tu semua pelajar Asper sedang menghadapi Test 1. Hanya Allah je yang tahu perasaan mereka.

Yang membuatkan aku lagi tersentuh bila ada sorang kawan cerita pada aku yang salah seorang daripada mereka yang kehilangan ayah ni datang daripada keluarga yang susah. Menurut sumber, dalam keluarga dia sorang je yang berjaya sambung belajar sehingga peringkat Universiti. Adik beradik dia yang lain kebanyakannya takdapat nak habiskan sekolah. Dan pada saat dia kehilangan ayah tersayang, dia takdapat pulang ke kampung sebab kekurangan wang barangkali. Satu lagi dugaan yang terpaksa ditempuhinya. Masa kawan aku cerita pasal benda ni tetiba aku rasa sebak. Rinduu keluarga aku. Kepada sahabat Asper yang kehilangan ayah, tabahkan hati.


Peristiwa ni juga beri pengajaran buat aku dimana bila kita fikir kita sedang diduga dgn satu cabaran hidup yang sukar, ada lagi sahabat kita perlu menempuhi situasi yang lebih sukar. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Mohon kedua ibubapa aku dipanjangkan usianyaa. Aminnn. Sesungguhnya aku masih belum mampu untuk hidup berdikari. Aku masih memerlukan kedua ibubapa aku. Aku juga berharap semoga kedua ibubapaku diberikan kesihatan yang sempurna dan dilindungi dari sebarang bencana. InsyaAllah. 


Note to my mum, Please take care of yourself. Jaga makan minum biar sihat selalu :) Kakak jauh takboleh jaga mama selalu. Ahhh kalaulahh UPM tu depan rumah jeee. You are the best mom that I ever have. You are the only one that know me very well :') 
  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan