follower yang cool !

Rabu, 6 Mac 2013

Sikap, Dakwah Dan Persepsi.

Assalamualaikum,

Tajuk kali ni mungkin berat untuk di bangkitkan. Tapi aku sekadar nak berkongsi pendapat aku tentang Penghijrahan. Bukan niat nak kaitkan dengan orang sekeliling. Don't take it to heart.Penulisan yang tiada kaitan dengan sesiapa. Sekadar Persepsi semata. Penghijrahan terbahagi kepada banyak cabang. Tapi sebagai manusia, semua inginkan transformasi hidup untuk membentuk kehidupan yang lebih baik.

Alhamdulillah, aku bersyukur ditempatkan di UPM. Majoriti pelajar mempunyai gaya fizikal yang sopan dan majoritinya menutup aurat. Semakin ramai sahabat disini melakukan transformasi fizikal atau straight to the point mereka memperbaik cara pemakaian mereka dengan menutup aurat secara sempurna. Sangat kontra dengan aku. Mungkinnn. Dari segi perangai atau hati takperlu aku bangkitkan sebab tu niat masing masing. Manusia pelbagai kerenah. Ahhh tu mereka punya pasal.




Situasi bila aku ditanya oleh beberapa sahabat.

'Bila lagi kau nak ubah cara pemakaian kau?'

Jawapan : Panggg! Sentap di situuu haha. Niat nak berubah tu memang ada. Tapi makan masa. Mesti ada yang cakap mati tak tunggu esok atau lusa. Sighh. Common statement yang selalu aku dengar. Hee. Hmm k Aku akan berubah cara pemakaian aku bila dalaman aku turut berubah ke arah kebaikan yang sempurna. Aku takkan berubah fizikal semata selagi hati aku kotor. Itu hipokrit. Bukan aku takcuba berubah cuma aku kini sedang mengubah sifat dalaman aku dahulu yang secara jujurnya masih tidak berapa teguh.  Aku benci disindir dan dipaksa. Aku ada alasan aku sendiri dan silaaaaa hormati :) Dan maaf.... aku sangat taksuka cara dakwah yang memaksa dan melalui sindiran keras.

You must know dakwah tu memang perlu disampaikan dengan cara berhikmah tanpa ada sifat mendesak. Sama ada sesuatu komuniti tu nak terima itu hak dia. Melalui pemerhatian, sesetangah pendakwah masa kini tidak mengikuti cara dakwa yang diamalkan Rasulullah. Just saying..

"Tak perlu bajet bagus dalam menyampaikan dakwah" - Ustaz Fauwaz Fadhil.

Apa yang aku nampak manusia zaman sekarang mudah tertipuu dengan visual. Siapa layan buku terbitan terfaktab mesti akan mudah tangkap ayat ni. Haha. K maksudnyaa, Bila kau nampak seorang lelaki (A) berambut kusut ala ala mat rempit lepak tepi jalan pada waktu dengan gitar kapuk dan tidak lepas seputung rokok menjadi peneman. Kontranya, Seorang lelaki (B) yang berpakaian kemas selalu pergi Library study 24jam, muka innocent gila. Impression Lelaki A orang akan nilai negatif dan Lelaki B orang nilai Positif. Kan?

Yang aku nak sampaikan.......

Jangan mudah nilai manusia. Jangan pandang rendah pada manusia. Tak usah pandang serong dan mengata. Lagi bertambah dosa kannn?

Secara jujurnya, Aku lebih salute pada individu yang nampak ganas atau nakal dari segi fizikalnya tapi penuh ilmu Fardhu Ain dan fardhu Kifayah dalam jiwa diaa. Bila mulaa kenal individu sebegini, secara automatik kau akan rasa individu ni 'Awesome' gilaaaa. Bukankah dalam Islam kita tidak digalakkan menunjuk mempamerkan kehebatan atau secara ringkasnya bersifat riakk ?! Nak sampaikan dakwah tu boleh tapi jangan sampai riak dan Takbur. K

Dan... yang paling penting JANGAN HIPOKRIT dan MUDAH MENILAI ORANG.

Sejahat mana pun kau lihat individu tu pasti ada juga kebaikan yang menjadi amalan dia.
Sebaik mana pun kau lihat individu tu pastu terselit fi'il buruk dia.

Konklusi, Mana ada manusia yang Perfect. Terima kenyataan tu. Semua orang ada hak masing masing untuk perbetulakn diri mereka. Masing masing sudah mampu berfikir matang dan tahu membezakan perkara baik dengan buruk. Paling penting Jangan Perasan Bagusss sampai takboleh terima pendapat dan pandangan orang..... Keep Calm and Be Yourself.
             


Sekiann, maaf jika tersilap kata. Aku cuma manusia yang sedang memperbaiki kehidupann :)
                                 






Jumaat, 26 Oktober 2012

Kehidupann

Assalamualaikum semua :)

Dah agak lama meninggalkan kerja penulisan blog. Rasa kekok di situu. Terlebih dahulu maaf kalau penulisan kali ni agak membosankan atau annoying ke apaa. Haa sebelum terlupa SALAM AIDILADHA diucapkan kepada semua umat Islam seluruh Dunia. 

Okayy straight to the topic that I want to share to all readers. Kehidupann. Seperti mana yang kita tahuu setiap yang hidup pasti akan menemui ajalnyaa. Cuma tidak tahu bila dan di mana kita akan meninggalkan orang yang kita sayang buat selama-lamanya. Sesungguhnya perkara yang semakin jauh daripada kita adalah masa lalu dan perkara yang semakin dekat dengan kita adalah kematian.


Last week, aku dan rakan rakan dikejutkan dengan satu berita sedih dimana dua orang sahabat Asper yang kehilangan ayah tersayang. Ya Allah, sungguh berat dugaan mereka. Takziah diucapkan. Pada ketika mereka sedang menuntut ilmu serta jauh dari keluarga tersayang, mereka perlu menempuhi situasi yang sangat sulit. Lebih sulit lagi pada masa tu semua pelajar Asper sedang menghadapi Test 1. Hanya Allah je yang tahu perasaan mereka.

Yang membuatkan aku lagi tersentuh bila ada sorang kawan cerita pada aku yang salah seorang daripada mereka yang kehilangan ayah ni datang daripada keluarga yang susah. Menurut sumber, dalam keluarga dia sorang je yang berjaya sambung belajar sehingga peringkat Universiti. Adik beradik dia yang lain kebanyakannya takdapat nak habiskan sekolah. Dan pada saat dia kehilangan ayah tersayang, dia takdapat pulang ke kampung sebab kekurangan wang barangkali. Satu lagi dugaan yang terpaksa ditempuhinya. Masa kawan aku cerita pasal benda ni tetiba aku rasa sebak. Rinduu keluarga aku. Kepada sahabat Asper yang kehilangan ayah, tabahkan hati.


Peristiwa ni juga beri pengajaran buat aku dimana bila kita fikir kita sedang diduga dgn satu cabaran hidup yang sukar, ada lagi sahabat kita perlu menempuhi situasi yang lebih sukar. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Mohon kedua ibubapa aku dipanjangkan usianyaa. Aminnn. Sesungguhnya aku masih belum mampu untuk hidup berdikari. Aku masih memerlukan kedua ibubapa aku. Aku juga berharap semoga kedua ibubapaku diberikan kesihatan yang sempurna dan dilindungi dari sebarang bencana. InsyaAllah. 


Note to my mum, Please take care of yourself. Jaga makan minum biar sihat selalu :) Kakak jauh takboleh jaga mama selalu. Ahhh kalaulahh UPM tu depan rumah jeee. You are the best mom that I ever have. You are the only one that know me very well :') 
  



Rabu, 12 September 2012

End of my first semester

Assalamualaikum semua :)

Nampak tak tajuk tuu? END OF MY FIRST SEMESTER IN UPM. Time is running so fast :(
That's mean dah lebih tiga bulan aku dekat UPM. So bad, aku kurang manfaatkan masa yang ada. Banyak main. Pengaruh persekitaran mungkin. Merayap je kerja hmmm.

Tapi...... I enjoy studying at UPM. All my friends are awesome :D UPM also aawesome tauu haha. Why? pintu pagar dia takpenah ditutup. No limit. Cumaa sekarang guard baru dia strict sikit. Ehhh ntah pape cite pasal guard hahaha.


Haaa ni dia niiii. Kenal takk? Muka ala ala teacher-to-be giteww *kening kening*
*IZYAN HAZWANI HASRIN* nama yang dipaparkan pada kad matrik.
Pelajar Asasi Sains Pertanian UPM Serdang :)

K ni meja study kesayangan aku. Nak jugak tayang kann :p Guna untuk studyy bila nak exam jee lahh. Lebih digunakan untuk online sebenarnya. hmm k. So azam sem. dua *cough* meja ni akan menjadi tempat untuk study. Less online. harap harap menjadi ahh azam tuu :D

Haa THIS! THIS! Kuliah 13. Even budak kuliah ni takde hotsetap gitewww haha lewls. Tapi kami awesome :) At first, memang susah jugak nak adapt dengan dorang. Tapi bila they show their true colors. Semua memang hapening lahh. Hope takde yg tukar kuliah Sem dua ni.

*Emm jap.... Lecturer dalam gambar tu nama dia Dr. Mahnaz dari Iran. Dia ajar kitorang Chemistry


 
Le' Girlfriends

We are like family 

                                             
We are awesome! :D
                                                   
                                   
Joel :)

    
Me with mother to be. ehh? haha Izah laa

Friendsssss...

Part of Group 13 members

Masa ni dekat tepi tasik Sri Serdang. Final exam takhabis lagi dah merayap keluar UPM haha. konon release tension :p

Photo: jln2 crik mkn:) wit roomate terchenta
haa ni pulak my roommates. Students UPM kalau tak kenal kek kat belakang tu mmg tak patut ahh kann. ahaks. Time ni Le' Mines dah takde orang daa. Semua kedai dah tutup. Tinggal manusia yg tengok midnight movie je haha. So, memang kitorang menggila photoshoot ahh. Sumpah lawak gila time ni. Macam macam pose. Fyi, Kami berbakat dalam modelling tapi malas nak riak :p

K dahhh la kottt gambar tuu semua. Banyak dahh tu. Kat phone lagi banyak tapi nak delete alahai sayang. So, simpan je laaa. 

Thanks to all lecturer yang kacak dan cantik-cantik kerana telah mencurahkan ilmu kepada saya dan rakan-rakan sepanjang Semester satu ni. Jasa anda amat dihargai. 


Nampak matured kan? dah besar dahh dia hihi. Saja gedik nak amik gambar dalam bas. Tuu laa dia bas UPM. yang angkut students pegi balik kolej and etc lahhh. Thank youuu pakcik bas :D

Okayy till here. Wish me luck untuk semester dua next week. Salam sayang Izyan Hazwani c:


Rabu, 22 Ogos 2012

Salam Lebaran :)

Assalamualaikum.

Salam Lebaran buat semua. Maaf Zahir dan Batin jika ada tersalah kata,Tersilap langkah dan perbuatan. Mohon dimaafkan. Sesungguhnya aku hanya Manusia ciptaan Tuhan yang banyak cacat celanya dan masih berusaha untuk memperbaiki diri.Kosong kosong okayy :)

Tahun 2012. Raya yang ke-18 buat aku. Barangkali yang terakhir. Hmm. Tahun ini raya disambut sederhana. Tidak semeriah enam tahun yang lepas. 

Beraya di Muar pada tahun ini. Tidak banyak yang berubah. Bertambahnya bilangan sepupu dalam keluarga sebelah bapa. Bertambah bilangan kanak-kanak di teratak datuk dan nenek. Suara dan telatah mereka memecah kesunyian dan memeriahkan suasana pada Hari Raya.

Teratak Datuk dan Nenek.

 Separuh daripada Sepupu. Yang lain tidak mahu bergambar. Kebanyakannya masih kecil. Ada juga yang masih bayi.Dan Aku cucu yang Pertama :)

Aku, Ibu, Adik1 dan Adik2 Haha.

 Ibu dan Ayah :)

 Bertemakan warna Kelabu pada tahun ini.
Ya, itu akuu :)

Aku dan Intan (sepupu) .

Raya Kedua, Bertolak pula ke kampung di Kota Tinggi. Kedua Datuk dan Nenek sudah kembali menghadap Ilahi. Yang tinggal hanya rumah dan saudara mara. Raya tidak semeriah dulu. Rinduu enam tahun yang dulu. 


  
 Raya Kedua.Tema Merah :)

 Tiada Motif..

Koleksi duit raya semakin berkurang berikutan usia yang meningkat dewasa. Terasa rindukan zaman kanak-kanak. Beraya beramai-ramai dari satu rumah ke rumah yang lain dgn hanyaa satu tujuan. Duit Raya....... 

Dulu kami kecil. Sekarang sudah Dewasa :)


Jemputlahh beraya di rumah. Kota Tinggi, Johor. Alamat rasanya boleh diminta sendiri daripada aku. Tapi... aku hanya berada di rumah seminggu raya pertama saja. Kemudian, pulang ke UPM semula. Berat rasa hati tetapi terpaksa juga meninggalkan rumah.



Doakan kejayaan aku untuk 'Final Exam' Semester Satu kelak. Jumpa di 'entry' seterusnyaa.Salam Sayang, Izyan Hazwani Hasrin :)

*Tolong jangan gelak kenapa entry kali ni aku gunakan Bahasa baku. Emosi lebih niii*


Khamis, 19 Julai 2012

New side of me

Assalamualaikum and hello peoples,

Seems like dah lama gilaaa tak update blog. Busyy memanjang lepas further study dekat UPM. Seriously masa kat sini Terrrrr-sangat lahh packed. Subject kat sini pun agak tough as I take Foundation 3sem. for 1years. Setakat ni tidur pukul dua tiga pagi tu normal lahh -_-
Kehidupan dekat UPM sangat fun! Ada yang pahit dan ada yang manis :)


Banyak sangat pengalaman baru kat sini. As aku takdelahh banyak pengalaman stay dekat hostel dulu. Masuk sekejap dah keluar konon takselesa ahh, tak boleh nak studylaa. Tapi sekarang nak taknak memang kena duduk Hostel. Aku stay Kolej13 yang kebanyakannya memang ramai budak Asasi Sains Pertanian. And roommates aku semua awesome! Aku sorang kott dari Johor huargghhh! Majoriti roommates aku orang Klang *untunglahh rumah dekat*

Dekat sini kawan kawan baru aku takramai pun orang Johor. Yang rapat dengan aku ramai orang Utaghaa dgn Selangor. Even kawan yang selalu pergi balik kelas dengan aku pun Orang Kedahh. So, memang pengalaman baru yg sgt best la dapat kawan yg dari macam-macam asal negeri dorang.

Haa ni bilik kuliah kitorang. BK21 KAE. Time nih English class hihi.

Setiap pagi pukul8.00 akan ada ramai pelajar asasi yang tunggu bas di hadapan Kolej13 untuk pergi ke kelas. haha ayat aku cannot go. Rebut bas tu memang seronok haha. Siapa cepat dia dapat.Kalau tak memang lambat lahh sampai kelas.Setakat ni aku dua kali laa lambat pegi kelas. Tu pun sebab mood nak berebut bas takde.So bas mana yang kosong tu laa yang aku naik.

Activity yang paling best pada setiap minggu is AMALI LADANG! I love it so muchh even muka selalu gelap kena panas. Tapi pengalaman tu lagi penting kann. Amali ladang ni yang membezakan Asasi Sains Pertanian dengan program asasi lain atau matrikulasi. Taklaa hari hari pergi kelas hadap lecture,Lab,Tutorial.Bosan k hari hari macam tu.UPM extra funn! Seriouslyy :)




Nampak tak aku pegang kambing tuu. Haha kau hadoo?


Emm memandangkan UPM tu dekat dgn segala tempat. So, tipulaa kalau tak merayap kann. haha. Paling jauh penah sampai setakat ni KL lahh. Pengangkutan dekat UPM ni pun senang. Bas UPM akan dan ambil hantar students dia dekat KTM Serdang. So, takpayah susah susah nak amik cab untuk keluar dari Kolej pergi KTM :)

Kat sini banyak sangat situasi dan pengalaman yang mematangkaan aku. As you know, sebaik mana pun seseorang manusia tu,takkan semua orang akan puas hati dengan apa yang kita buat.And yes, I got Friends and haters here. takpe iOkay iRelax. Katsini aku belajar untuk tabah. Ignore segala sindiran dan kutukan. Be myself :) First impression orang memang judge aku sombong. Ramai cakap macamtu. Kelemahan aku, take time nak get in dgn orang. Tapi as kawan kawan aku cakap bila dah kenal lama lama, I'm a nice girl Kahkahkah :p

Okayy I need to study noww. Wish me goodluck for Test2. Have a nice day.Byee :)



Rabu, 9 Mei 2012

Bye semua v.v

Assalamualaikum, Hai semua. Maybe ni kali terakhir kott saya blogging. HaHaHa k ini tipu. Maybe lepas ni jarang blogging. Itu baru betul sebab saya nak further study dahh. Bye semuaa. Ksedih. Saya sorang sedih. korang taksedih pun Kan. Hmm k takpe v.v . I got two offer. Satu Matrikulasi. Lagi satu UPU. Alhamdulillah :) IPG takdapat. Takde rezeki jadi cikgu kott. hmmmm.

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS). Jauh tu dari Joho. 
Tak tauu lah kenapa takdapat KMJ haihh. Tapi memang most of TiJB students dapat KMNS.


Universiti Putra Malaysia (UPM Serdang). Dapat course Asasi Sains Pertanian.
3Semester. Setahun setengah. Ada jugak dua tiga orang classmates dapat course yg sama :)

Nak share sikit Info pasal Asasi ni. Mesti ramai fikir. "Omaigod! Pertanian. nanti kau jadi petani HaHaHa" Sila tikam bertubu-tubi orang yg cakap macamni. Fyi, Asasi ni ada belajar Biology, Chemistry, Physics, Maths, Agriculture, English. After Foundation ni Boleh further study for Medic, Engineering, Major Maths dan sebagainya. Its better than Matrik, korang akan belajar Sains Hayat atau Sains Fizikal. So, pilihan untuk sambung degree tak meluas sangat berbanding Asasi ni. And info from Senior, course ni akan guna buku from luar nagara. Jadi, Think before you talk.Jgn sempit fikiran tu.Petani pun satu pekerjaan yg mulia apa -.-


Then, saya decide untuk further study keee..............................................
Jeng! Jeng! Jeng!

Ce teka ?

UPM SERDANG !!!!!! 
Its my own decision. tanpa paksaan mana-mana pihak. ramai suruh pegi Matriks. Tapi saya susah nak dengar cakap. Orang. When I Say A. It means A forever. Tapi saya dah kaji dululahh before decide nak amik UPM ni.



Wait !!!! . Take a look dekat tarikh Pendaftaran dia tuhh. 17Mei dherr. Next week tuhh! My preparation is 0%. Yelahh Isnin lepas kott baru tahu Penempatan dia. Mana nak prepare apa apa. I need to rush ! And you know what, mereka yang dapat course ni mostly budak SBP. Me? Teknik Jb je. Harap sangat kat sana takde yang pandang rendah dekat saya yee. Really hope. Result SPM saya pun tak sehebat mereka I guess. So, saya kena struggle 2 kali ganda lebih daripada mereka semua. Yes! Ini azam saya :)


And............ harap sangat boleh bawak diri kat sana. Harap Sangat Sangat. Dah tiba masanya saya kena tinggalkan Family saya yg dah menjaga saya selama 17 tahun. Tiba masanya untuk saya berdikari dan buat semua benda dgn usaha saya sendiri. Tears please don't rolling down. This is the real world. Real worlds is cruel. Allah, Please make me stroong :)


Siaplahh bakal kawan saya nanti kann? Hoho. Saya ni pemalu to the max. So susah sikit nak dapat kawan. Masalah jugak ni. Kena berubah jadi peramah. Testing. 
1. Jumpa orang kena senyum 
2. Muka jangan sombong bak kata my Ex-Classmates sbb muka saya muka gangster :(
3. Ringankan mulut tegur orang






Haa tu je laa kott ehee. Okayy tak? haha. So, lepas ni my life will totally change !!!!! Takboleh selalu online Twitter/Fb/Blogging selalu sobsobs v.v Berat hati nak tinggalkan family, rumah, kawan kawan dekat Joho. 

      Bye Joho :( I'm gonna miss you a lot. JohoAwesome :D 



Sayy hello to Selangor , Kuala Lumpur dan kawasan di sekitarnya. Please be nice to me okay :)


K Assalamualaikum. Will be back after Orientasi seminggu dekat UPM nanti hehe bye :D





Rabu, 2 Mei 2012

Kampung~~~



Hello Peeps, I'm Back! I got some photos to share with you guys HeHeHe. Last week, Pakcik saya Kahwin. My Family and I balik Kampung. Muar jeeeeeeee :)
Pakcik nikah Jumaat malam. Tapi kitorang taksempat nak joined Majlis nikah tu sebab sampai Muar pukul 11Malam. Just attend Majlis Kahwin belah Perempuan dgn Lelaki.

Btw, Congrates for both of youuu. Selamat pengantin Baru !!!!!

                                            
I'm wear Red Baju Kurung on the first dayy! A new baju Kurung K. Luls~

I Love The Background :)

Sempat lagi nihh! Har Har Har

 
I got new 'Auntie'. Lawa macam sayaa jugaaaa :b

On The Second dayy, I'm wearing Brown Kebaya Heee :D

Abaikan Shawl saya yang serabut to the max tu K ._.

My lil' Cousin. Diana 

Budak tengah tu paksa amik gambar dgn dorang. Layankan ajeee~~~

Yang ni pun kena paksa pegang bunga sebenarnya. Budak-budak tu punya kerja.
Tanak Caya sudahhh!!

I Miss This lil' Boy. Dua hari saya duk berkepit dengan dia. Rinduu k v.v


TAMAT! Kbye