follower yang cool !

Rabu, 4 Januari 2012

Cinta Allah vs Cinta Manusia


Hello , entry kali nih agak berat sedikit . Maaf kalau ada tersilap kata . Actually I don't know how to start this . Cinta ? Cinta tu subjektif semua orang ada pendapat mereka masing-masing tentang makna cinta . To me , Cinta satu anugerah dan semua orang pernah merasainya . Dan lagi satu perkara yang manusia tidak sedar atau mungkin masih kabur , Sejak terlahirnya manusia di dunia , Kita beruntung kerana telah mendapat cinta dan kasih sayang . Cinta dan kasih sayang Allah kepada hambanya . Cinta Rasul kepada umatnya dan cinta keluarga kepadanya . Cuma kadangkala manusia tidak menghargainyaa .


CINTA ALLAH


Aku berani tegaskan kat sini . Semua makhluk mendapat cinta daripada Allah . Dia sangat sayangkan kitaa . Buktinyaa , Dia telah aturkan segala yang terbaik untuk kitaa . Dugaan ? dugaan yang Dia beri untuk menguji tahap keimanan kitaa dan menjadikan kita lebih matang serta menghargai hidup . Hati takkan terlukaa kalau kau cinta Tuhan . Walaupun Tuhan cinta akan semua makhluknya , kau takkan cemburu kerana dia bijak membahagikan cintanya .
Do not count how many times people hurt you and leaves you . Count how many times you hurt God and did you realize He never leaves you ? Think about it :) . Betapa cintanya Tuhan kepada kita . Manusia ? mungkin ada peluang kedua ketiga atau mungkin keempat . Sampai masa dia fed up , si dia tetap tinggalkan kita . Am I right ? Tuhan ? Beribu mahupun berjuta kali mana punn kitaa ingkar kepadanyaa , masih banyak peluang yang diberikan . Subhanallah :') 


CINTA RASUL

Nabi Muhammad S.A.W . Ini seorang manusia mulia di sisi Allah . Baginda idola aku . Manusia paling aku kagum adalah baginda . Percaya bahawa dia sangat cintakan umatnya . Siapa yang sanggup mangambil separuh daripada azab dan kesakitan maut manusia seperti kita kalau bukan baginda ? IbuBapa ? Lelaki yang kau gelarkan 'boyfriend' atau kawan-kawan yang kau gelar 'BFF' ? . Kalau ditanya kepada mereka , pastinya mereka tidak mahu . Tapi Rasulullah sanggup menanggung separuh daripada azab kesakitan saat malaikat mencabut nyawa manusia apabila baginda mendapat tahu kematian itu menyakitkan . Betapa sayangnya Rasulullah kepada umatnya . Malah semasa pegakhiran hidup baginda , hati baginda bimbang untuk meninggalkan umatnya . Semasa saat baginda hendak meninggalkan dunia , mulut baginda tidak lekang daripada perkataan 'ummati' . Apabila dikhabarkan oleh malaikat tiada umat lain yang akan dimasukkan ke dalam syurga  terlebih dahulu selain umat Nabi Muhammad barulah baginda tenang hendak meninggalkan kita semua umatnya . Persoalannya kini , Siapa yang berani menyatakan bahawa cintanya kepada seseorang boleh mengatasi Cinta Rasulullah ? Aku berani katakan TIADA seorang pun diantara kita .

CINTA ANTARA MANUSIA


Cinta duniawi dan cinta sesama manusia adalah perasaan yang kita kejarkan bukan ? Memang manusia tidak dapat lari daripda perasaan ini kerana Tuhan telah sebatikan perasaan ini dalam hati manusia . Cinta kepada Ibubapa dan keluarga adalah yang utama selepas Allah , Rasul dan Agama .  Jatuh hati itu berkali-kali tetapi Perasaan cinta tu hanya sekali dalam hidup . Kadang-kadang kita tak pasti betul ke kita cintakan seseorang itu ataupun kita hanya jatuh hati . Kenapa Tuhan tak pertemukan terus kita dengan jodoh kita ? Kenapa Tuhan percaturkan pertemuan antara manusia . Kita akan bertemu dengan orang yang salah terlebih dahulu ? Kita akan sayang orang yang salah terlebih dahulu ? kenapa ? We may love the wrong person , cry for the wrong reason, but one thing for sure is that mistakes help us to find the right person . Ini namanya kehidupan . Erti kehidupan tu sememangnya penuh dengan tanda tanya . Jangan memaksa diri merasai cinta . If you're patient, the right person will come along. Stop trying to force love. Aku pun kini bingung dengan cinta antara manusia ni . Aku masih takdapat belajar dengan sempurna apa erti di sebalik semua ni . Cuma sekarang aku rasa sakit , sebab orang yang aku harapkan pergi begitu sahaja . But , Sometimes the best option is to let go right ? 

Aku hampir mengalah dengan cinta manusia ni . Tapi bukan sebab ini aku menjadi semakin lemah . Aku tahu ada seseorang untuk aku . Aku yakinn ...

Credit to him :-
Menghukum manusia bukan kerja kita, so, may allah bless you. I'm gonna start a new year, stronger. I'm very sure, im better off without you :')



Tiada ulasan:

Catat Ulasan