follower yang cool !

Rabu, 22 Ogos 2012

Salam Lebaran :)

Assalamualaikum.

Salam Lebaran buat semua. Maaf Zahir dan Batin jika ada tersalah kata,Tersilap langkah dan perbuatan. Mohon dimaafkan. Sesungguhnya aku hanya Manusia ciptaan Tuhan yang banyak cacat celanya dan masih berusaha untuk memperbaiki diri.Kosong kosong okayy :)

Tahun 2012. Raya yang ke-18 buat aku. Barangkali yang terakhir. Hmm. Tahun ini raya disambut sederhana. Tidak semeriah enam tahun yang lepas. 

Beraya di Muar pada tahun ini. Tidak banyak yang berubah. Bertambahnya bilangan sepupu dalam keluarga sebelah bapa. Bertambah bilangan kanak-kanak di teratak datuk dan nenek. Suara dan telatah mereka memecah kesunyian dan memeriahkan suasana pada Hari Raya.

Teratak Datuk dan Nenek.

 Separuh daripada Sepupu. Yang lain tidak mahu bergambar. Kebanyakannya masih kecil. Ada juga yang masih bayi.Dan Aku cucu yang Pertama :)

Aku, Ibu, Adik1 dan Adik2 Haha.

 Ibu dan Ayah :)

 Bertemakan warna Kelabu pada tahun ini.
Ya, itu akuu :)

Aku dan Intan (sepupu) .

Raya Kedua, Bertolak pula ke kampung di Kota Tinggi. Kedua Datuk dan Nenek sudah kembali menghadap Ilahi. Yang tinggal hanya rumah dan saudara mara. Raya tidak semeriah dulu. Rinduu enam tahun yang dulu. 


  
 Raya Kedua.Tema Merah :)

 Tiada Motif..

Koleksi duit raya semakin berkurang berikutan usia yang meningkat dewasa. Terasa rindukan zaman kanak-kanak. Beraya beramai-ramai dari satu rumah ke rumah yang lain dgn hanyaa satu tujuan. Duit Raya....... 

Dulu kami kecil. Sekarang sudah Dewasa :)


Jemputlahh beraya di rumah. Kota Tinggi, Johor. Alamat rasanya boleh diminta sendiri daripada aku. Tapi... aku hanya berada di rumah seminggu raya pertama saja. Kemudian, pulang ke UPM semula. Berat rasa hati tetapi terpaksa juga meninggalkan rumah.



Doakan kejayaan aku untuk 'Final Exam' Semester Satu kelak. Jumpa di 'entry' seterusnyaa.Salam Sayang, Izyan Hazwani Hasrin :)

*Tolong jangan gelak kenapa entry kali ni aku gunakan Bahasa baku. Emosi lebih niii*


Tiada ulasan:

Catat Ulasan